Labur Duit di Mana?

Blog yang membincangkan mengenai tips dan maklumat pengurusan kewangan melibatkan pelaburan dalam unit amanah PMB, insurans serta isu semasa.

Saturday, 16 November 2019


Boleh ke melabur unit trust guna wang KWSP? Jawapannya tentulah boleh! 


Kita boleh melabur dalam unit trust dengan menggunakan wang daripada akaun satu KWSP. Inilah yang dinamakan pelaburan bijak. Kenapa? Kerana wang KWSP daripada akaun satu memang tidak boleh dikeluarkan sehinggalah mencapai tarikh matang iaitu pada usia 55 tahun. Jadi jika tidak boleh dikeluarkan, mengapa tidak kita gandakan simpanan dalam KWSP dengan melabur ke dalam unit trust?

Boleh ke Melabur Unit Trust Guna Wang KWSP?

Menurut laporan daripada laman web kwsp.gov.my, nilai dividen yang diterima pelabur bagi tahun 2000 hingga 2016 adalah di antara 4.25% sehingga 6.75%. Jika pelaburan di PMB Shariah Aggressive Fund mencapai 21.70% pada tahun 2014, jadi mengapa tidak kita gandakan simpanan dengan melabur sebahagian simpanan KWSP ke dalam dana yang bersifat patuh syariah untuk mendapat dividen yang lebih tinggi?


Bandingkan graf di bawah dan anda boleh nilaikan sendiri keuntungan pelaburan sekiranya melabur dalam dana patuh syariah dengan menggunakan wang KWSP. Walaubagaimanapun, untuk melabur dalam unit trust menggunakan wang KWSP, ada syarat yang perlu diketahui.

Boleh ke Melabur Unit Trust Guna Wang KWSP?
Boleh ke Melabur Unit Trust Guna Wang KWSP?

Hanya maksimum 30% sahaja daripada baki wang simpanan asas akaun satu KWSP yang boleh dilaburkan dalam unit trust dengan jumlah pelaburan minimum adalah sebanyak RM1,000. Setiap tiga bulan sekali, pelabur boleh buat pilihan samada ingin memperbaharui proses pelaburan di unit trust atau membuat pengeluaran.


Namun, di sini tidak bermakna pelabur akan mendapat wang secara cash sekiranya membuat pengeluaran ya. Wang yang dikeluarkan itu akan dilaburkan kembali seperti biasa ke dalam akaun KWSP sehingga mencapai tarikh matang sebelum boleh dikeluarkan oleh pelabur.

Berapakah jumlah yang boleh dikeluarkan untuk melabur unit trust menggunakan wang KWSP? Tak payah susah-susah fikir. Cuma install sahaja apps EPF Investment Calculator 2019 di handphone dan masukkan nilai baki akaun satu KWSP serta umur. Klik kira dan nilai simpanan yang boleh dilaburkan akan dipaparkan. Mudah!


Memory phone penuh, tak dapat nak install apps? Tiada masalah. Jom kita kira secara manual. Sebelum itu, rujuk jadual di bawah untuk pengiraan.

Boleh ke Melabur Unit Trust Guna Wang KWSP?

Katakan umur anda pada tahun ini adalah 33 tahun. Jadi berdasarkan jadual di atas, seharusnya nilai simpanan asas yang ada dalam akaun satu KWSP adalah sebanyak RM41,000. Katakan wang dalam akaun satu KWSP adalah sebanyak RM100,000, jadi pengiraannya adalah begini:

(RM100,000 - RM41,000) x 30% 

Jadi berapakah wang yang boleh dilaburkan dalam unit trust menggunakan wang KWSP bagi situasi di atas? Betul, RM17,700!


Walaubagaimanapun, tidak kisah di mana kita melabur dan berapa banyak jumlah pelaburannya. Yang penting, kita telah mula melabur dan menyimpan. Namun harus diingatkan, pilih medium pelaburan terbaik untuk mengelakkan daripada menanggung kerugian dan yang paling penting, jangan terpedaya dengan >> Skim Cepat Kaya.


Ingin melabur unit trust patuh syariah?
Nurzarini Ismail
011-10808609

Tuesday, 1 October 2019


Ramai yang masih belum tahu tentang kewujudan PMB sebagai salah satu medium investment di Malaysia. Jika ditanya tentang pelaburan yang lain, cepat sahaja jawapan akan diperoleh. Namun apabila disebut PMB investment, ayat yang keluar adalah "tak pernah dengar pun, ok ke?".

PMB Investment : Ok Ke?

Jadi marilah kita berkongsi maklumat tentang PMB investment ini. PMB Investment Berhad merupakan anak syarikat kepada kumpulan Pelaburan MARA Berhad atau dahulunya lebih dikenali sebagai Amanah Saham MARA Berhad. Biasa dengar kan Amanah Saham MARA? Yes, yang itulah! Cumanya penjenamaan semula nama pada tahun 2014 ini menyebabkan ramai yang tidak tahu tentang kewujudan PMB.


Jadi jika diperkenalkan dengan PMB investment, terus set dalam minda yang ini adalah Amanah Saham MARA, cuma rebranding sahaja. Macam yang telah diketahui umum, Amanah Saham MARA Berhad telah ditubuhkan pada 24 Jun 1967 dan merupakan 100% milik kerajaan. Bidang kuasa utamanya melibatkan aktiviti pembiayaan, pelaburan, pengurusan aset, khidmat nasihat korporat dan perkhidmatan investment data.

PMB Investment : Ok Ke?

Amanah Saham MARA Berhad melancarkan unit amanahnya yang pertama pada April tahun berikutnya yang dikenali dengan nama Kumpulan Modal Bumiputera Pertama. Namun kini dana tersebut telah ditukar namanya menjadi PMB Dana Al-Aiman. Jadi sehingga takat ini, apa pendapat awak tentang PMB investment, ok ke tak? Jom sambung lagi..


Pada awal penubuhannya, pelaburan yang diperkenalkan oleh Amanah Saham MARA adalah bersifat conventional. Namun sedikit demi sedikit, Amanah Saham MARA mula melabur dalam dana patuh syariah yang lebih baik untuk menawarkan pulangan kepada pelanggan dalam bentuk dividen yang bersih dan suci mengikut ajaran Islam.

PMB Investment : Ok Ke?

Dua dana terakhir unit amanahnya yang diperkenalkan telah berjaya diumum patuh syariah pada Mac 2014. Oleh sebab itu, PMB telah menerima kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk menukar aktiviti terkawalnya daripada pengurusan dana kepada pengurusan dana Islam mulai November 2014. So, ok ke tak PMB investment ni?


Sehingga kini PMB investment telah mempunyai 14 dana unit amanah yang bersifat patuh syariah dengan 5 daripadanya mencatatkan keuntungan yang memberangsangkan. Antara lima jenis dana yang paling disyorkan buat bakal pelabur adalah seperti berikut :

  • PMB Shariah Aggresive Fund
  • PMB Shariah Growth Fund
  • PMB Shariah Premier Fund
  • PMB Shariah Dividend Fund
  • PMB Shariah Small-Cap Fund
PMB Investment : Ok Ke?

Jadi apa pendapat awak tentang PMB investment ni? Ok ke tak? Kalau rasa ok, jangan terkejut pula jika saya katakan pelaburan di PMB juga berisiko. Bakal pelabur perlu faham bahawa setiap pelaburan yang bersifat patuh syariah tidak mempunyai nilai dividen yang tetap dan pelabur juga berkemungkinan berhadapan dengan risiko kerugian. 


Ini kerana, agama Islam itu sendiri bersifat adil. Konsepnya sama seperti situasi jika suatu jualan mengalami keuntungan, setiap pihak yang terlibat termasuk pelabur menerima manfaat. Namun jika suatu jualan mengalami kerugian, pelabur juga perlu menanggung risiko tersebut.

PMB Investment : Ok Ke?

Oleh sebab itulah pelaburan jangka masa panjang adalah lebih baik bagi menyeimbangkan nilai keuntungan dan kerugian serta merendahkan jumlah bayaran bagi cas yang dikenakan semasa sesuatu pelaburan dilakukan. 


Kesimpulannya, PMB investment ok ke? Tentulah ok kerana PMB menawarkan dana ekuiti patuh syariah terbaik di Malaysia dan menerima lipper fund awards pada tahun lepas. Fuh, bukan calang-calang. Ingin tahu lebih lanjut? Hubungi saya untuk maklumat berkaitan PMB investment :)


Nurzarini Ismail
Unit Trust Consultant
011-10808609
zarinipmb@yahoo.com

Wednesday, 11 September 2019


Kenapa saya tiba-tiba terfikir untuk melabur walhalnya duit saya bukan banyak pun dalam akaun bank, ada hati pula untuk membuat pelaburan? Ingat boleh kaya ke dengan melabur? Ha, wajib tau untuk melabur terutama bagi golongan yang belum kaya macam saya ni. Dengan pelaburan barulah kita ada konsistensi nak menyimpan wang. Kalau tak, akhir bulan je baki akaun tinggal RM5, tapi tak tau wang yang lain digunakan ke mana dan buat apa. Rugi kan?


3 Sebab Kenapa Saya Perlu Melabur

3 Sebab Kenapa Saya Perlu Melabur

1. Menerima Wang Setiap Bulan dalam Jumlah yang Tetap

Meskipun saya adalah seorang surirumah sepenuh masa dan tidak bekerja, namun saya masih menerima gaji tetap setiap bulan. Daripada siapa? Tentulah daripada suami dalam bentuk wang nafkah bulanan! Setiap bulan saya hanya menggunakan anggaran 40% daripada wang nafkah dan selebihnya saya simpan di dalam akaun simpanan di bank.


Wang tersebut tidak disentuh dan saya akan gunakannya ketika waktu kecemasan sahaja. Namun jika tidak disentuh dan saya masih mempunyai back up tambahan iaitu barang kemas yang ada untuk saat kecemasan, mengapa tidak saya laburkan sahaja? Paling kurang dividen yang diperolehi adalah lebih tinggi daripada simpanan biasa di bank.


Kadar inflasi juga menyebabkan saya memilih untuk melabur. Cuba bayangkan, jika pada tahun 1999 saya membeli burger pada harga RM1.50 sebiji, adakah masih sama harga sebiji burger pada tahun 2019? Tidak, kini sebiji burger berharga RM3.50! Walaupun harga sebiji burger terus meningkat tetapi tangga gaji dalam pelbagai sektor pekerjaan samada swasta atau kerajaan di Malaysia masih lagi berada pada takuk yang sama.


Itulah kesan inflasi dalam kehidupan kita. Gaji hanya naik 5% setahun tetapi hutang isi rumah naik sehingga 13% setahun. Jika kita masih rasa wang yang disimpan dalam bank simpanan tidak akan susut nilai, silap ya. Mungkin kita perlu buat sedikit kira-kira dan buat perbandingan semula..


2. Dividen Simpanan Akaun Biasa di Bank Hanya 0.3% -0.5%

Tahukah awak bahawa dividen tahunan yang diterima oleh penyimpan simpanan akaun biasa di bank hanyalah antara 0.3% hingga 0.5% sahaja? Pada tahun 2018, kadar inflasi negara direkodkan pada 1% menurut Bank Negara Malaysia. Jika diteliti, dividen simpanan tidak sampai 1% dan penyimpan mengalami susut nilai wang antara 0.5% hingga 0.7% disebabkan oleh inflasi. Inilah antara bukti bahawa simpanan biasa di bank mengalami susut nilai.


Apabila saya mendapat tahu tentang susut nilai akibat inflasi dan nilai dividen yang rendah ditawarkan untuk simpanan biasa, hati saya terus meronta-ronta ingin mencari medium simpanan baru yang menawarkan dividen yang lebih tinggi namun selamat kerana saya membuat simpanan secara tetap dan berkala di bank. 


Maksud selamat di sini adalah bukan >> Skim Cepat Kaya yang menawarkan pulangan tidak masuk akal a.k.a scam. Selain itu, saya juga tidak mahu melabur dengan pelaburan yang menawarkan dividen tinggi namun risikonya juga tinggi seperti stock market. Saya bukan seorang yang boleh menerima risiko kerugian besar, boleh sakit jantung nanti. Ada beberapa medium pelaburan yang saya temui dan salah satunya yang menarik minat saya adalah pelaburan unit amanah PMB yang bersifat patuh syariah.


3. Pulangan Pelaburan adalah Lebih Tinggi dan Bersifat Mudah Cair

Pulangan yang ditawarkan dalam pelaburan adalah lebih tinggi berbanding dividen simpanan biasa bergantung kepada jenis dana yang dilaburkan. Apa yang paling menarik perhatian saya adalah pelaburan unit amanah PMB. Pada tahun 2017, 5 daripada 14 dana di bawah pengurusannya mencatatkan prestasi cemerlang dengan pulangan di antara 23% sehingga 33% setahun. Banyak tu 33%!


PMB telah berada selama 52 tahun dalam pasaran dan merupakan milik kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. 100% dimiliki oleh MARA, PMB menawarkan 14 jenis dana patuh syariah untuk pilihan pelabur. Dengan nilai minimum komitmen bulanan sebanyak hanya RM50, ianya tidak membebankan buat golongan surirumah seperti saya.


Pelaburan di PMB adalah 100% patuh syariah kerana mempunyai penasihat syariahnya sendiri. Jika pelaburan dana lain memerlukan pelanggan membuat pilihan samada ingin membeli dana patuh syariah atau tidak, di PMB tiada masalah itu. Itulah sebabnya kenapa saya memilih untuk melabur bersama PMB!


Sekiranya saya memerlukan wang segera untuk hal kecemasan, saya boleh bergantung harap kepada wang yang dilaburkan dalam unit amanah kerana ia bersifat mudah cair. Mudah cair di sini bermaksud wang boleh diperolehi selewat-lewatnya dua minggu dari tarikh jual. Ini berbeza dengan pelaburan aset serta property kerana mengambil masa lebih lama untuk dicairkan meskipun kebiasaannya dividen yang ditawarkan lebih tinggi.


Walaubagaimanapun, pelaburan di PMB adalah lebih sesuai untuk jangka masa sederhana hingga panjang iaitu daripada 3 tahun dan ke atas. Pelaburan jangka pendek di bawah 3 tahun adalah tidak sesuai dan tidak digalakkan di PMB. Disebabkan saya memang mempunyai target untuk mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM100k, jadi pilihan melabur bersama PMB adalah yang terbaik.


Jadi awak tentu dah faham kenapa saya perlu melabur kan?

Thursday, 5 September 2019


Bermula dengan niat untuk melabur, saya terfikir mengapa tidak saya mendaftar juga sebagai agen? Paling kurang saya akan dapat ilmu sambil melabur, dan jika ada rezeki mungkin boleh dapat komisen juga. Mengapa tidak kan? Saya juga telah lama tidak mengasah skil menjual, sekali sekala rindu juga rasanya ingin berjumpa orang ramai dan bersembang.


Jadi saya mulakan langkah pertama dengan mendapatkan maklumat daripada beberapa orang agency supervisor bagi pelaburan amanah saham atau lebih dikenali sebagai unit trust. Rupa-rupanya untuk menjadi seorang unit trust consultant (UTC), langkah wajib yang perlu dilakukan pertamanya adalah menduduki CUTE exam dan lulus!


Macammana nak Lulus CUTE Exam?


Pada awalnya saya agak risau juga untuk menduduki CUTE exam memandangkan soalan yang diberi adalah langsung tidak berkaitan dengan apa yang pernah saya pelajari di sekolah mahupun universiti dahulu. Sebaik mendapat kertas soalan daripada agency supervisor untuk latih tubi, kepala saya terus berdenyut. Susah, Ya Allah! Pengiraan, sukuk, bursa saham, inflasi..mana saya nak cari info semua ni!

CUTE Exam : Macammana Nak Lulus

Rupa-rupanya tak susah pun nak lulus CUTE exam jika selalu membuat latihan contoh-contoh soalan terdahulu. Jika malas berfikir dan mengerah otak, hanya perlu hafal soalan dan hafal jawapan daripada contoh-contoh soalan yang telah diberikan oleh supervisor. Soalan CUTE exam adalah berulang, malah soalan pengiraan juga akan menggunakan nilai yang sama. Jadi jika membaca, pasti akan lulus!


Langkah untuk lulus CUTE exam :


1. Download soalan CUTE exam di sini >> Sample CUTE Exam. Kalau nak lebih yakin, minta contoh soalan daripada agency supervisor.

2. Jika nak lebih faham, boleh pinjam buku rujukan Urus Niaga Unit Amanah. Saya pinjam daripada agency supervisor, selepas selesai CUTE exam baru pulangkan. Tapi sebenarnya, jika sudah study kertas soalan tahun-tahun lepas, sudah memadai dan tak perlu pun baca buku itu.

3. Seminggu sebelum CUTE exam, boleh buat-buat tanya agency supervisor soalan yang bakal keluar. In shaa Allah mereka akan bantu. Tekankan pada soalan yang diberi tersebut, kemungkinan keluar adalah tinggi.

4. Untuk soalan pengiraan, tidak perlu tahu jalan kira pun tak mengapa namun jika tahu itu adalah lebih baik. Disebabkan tiada kelas yang boleh saya hadiri untuk sesi latih tubi soalan CUTE exam (sebenarnya ada tapi masa tak mencukupi untuk ke kelas), jadi saya rujuk cara kerja di bahagian jawapan (biasanya terdapat di mukasurat terakhir bahagian jawapan) untuk proses pengiraan. 

5. Hafal, hafal dan terus menghafal. Samada soalan atau jawapan, wajib hafal keduanya. Jangan pula disebabkan hanya hafal jawapan sahaja, terlupa pula soalannya bagaimana. Keliru pula nanti.

6. Setelah usaha, doa dan tawakal. In shaa Allah lulus menjawab CUTE exam. Aamiin..


Pengalaman Menjawab Kertas Soalan CUTE Exam


Pada mulanya, saya memang agak risau juga membayangkan soalan yang akan keluar pada ketika itu. Sudahlah datang seorang tanpa teman serta tiada kawan, salah pula tengok nama di board. Apabila masuk ke bilik exam dan menjawab soalan, eh, rupanya saya berjaya menjawab kesemua 60 soalan dalam masa 25 minit serta tambahan 5 minit untuk menyemak jawapan. 


Saya menjawab dengan yakin kerana semua soalan yang keluar adalah sama dengan soalan yang saya baca. Alhamdulillah. Saya dapat tahu daripada agency supervisor bahawa terdapat 3 orang yang tidak lulus dan perlu menduduki semula CUTE exam sekiranya masih berhasrat untuk menjadi unit trust consultant.


Untuk menduduki CUTE exam, bakal unit trust consultant perlu membuat bayaran sebanyak RM250 seorang serta tambahan RM10 untuk kos duti setem. Jadi jika tidak lulus, mereka perlu membuat bayaran berulang untuk kembali menduduki CUTE exam. Namun saya beruntung kerana perlu membayar hanya RM185 untuk CUTE exam kerana kebetulan mendaftar semasa promosi.


Sayang kan jika tidak lulus? Jika ingin mengajak seseorang melabur, pastikan kita juga bijak membuat pelaburan awal iaitu dengan memastikan lulus CUTE exam terlebih dahulu! Oleh itu, siapkan diri dengan membaca contoh-contoh soalan sebelum ini. Btw, saya doakan awak berjaya lulus dalam CUTE exam awak nanti. Goodluck and all the best ya!

Monday, 8 July 2019


Pernah menjadi mangsa penipuan skim cepat kaya, saya belajar daripada kebodohan sendiri. Pengalaman mengajar saya menjadi lebih bijak, namun harga yang perlu dibayar adalah amat tinggi. Oleh sebab itu saya menyeru agar anda tidak mudah percaya dengan penipuan skim cepat kaya, jangan terpedaya.

Apa Itu Skim Cepat Kaya?


Sebelum bercerita panjang, mari kita lihat definisi skim cepat kaya terlebih dahulu. Skim cepat kaya merupakan suatu aktiviti skim pengambilan deposit secara haram tanpa lesen yang sah di bawah akta dan institusi kewangan (ABIK) 1989. Ia merupakan proses yang tidak sah dan boleh di dakwa jika ditangkap oleh pihak berkuasa.


Jika dulu kita dikenalkan dengan nama Luxor, Pok Din Empire, Tok Berlagak, ARBA, Highway Group, Monspace, Pak Man Telo, Swiss Cash dan macam-macam lagi, namun semua itu adalah istilah bagi penipuan skim cepat kaya. Subjek pelaburan mungkin berbeza namun modus operandi tetap sama iaitu untuk menggelapkan wang. 

Skim Cepat Kaya : Jangan Terpedaya

Jika diteliti secara kasar, keuntungan yang diterima hasil pelaburan skim cepat kaya memang tidak masuk akal dan mustahil diperoleh dalam masa singkat namun mengapa masih ada mangsa yang terpedaya dengan skim ini? Adakah mereka tidak mengambil pengajaran daripada mangsa sebelumnya dan tidak belajar modus operandi yang dilakukan oleh si penipu skim cepat kaya? 


Tetapi jika difikirkan secara halus, anda pasti terkejut betapa liciknya golongan ini menjalankan modus operandinya sehingga golongan bijak pandai juga boleh tertipu dan terpedaya dengan penipuan skim cepat kaya. Malah pulangan tidak masuk akal yang dijanjikan juga akan diterima oleh pelabur pada awal tempoh pelaburan demi untuk menambah lebih ramai pelabur menyertai skim mereka.

Modus Operandi Skim Cepat Kaya


Ini adalah contoh bagaimana golongan penipu skim cepat kaya memperdaya mangsa mereka di bawah topik pelaburan wang untuk menggandakan keuntungan. Mari kita lihat :


Untuk mendapatkan kepercayaan bakal pelabur, para penipu skim cepat kaya biasanya akan melabur wang mereka terlebih dahulu sebelum mula mengajak pelabur menyertai skim mereka. Mereka membeli pangkat dan gelaran dengan jalan yang salah, serta menggunakan kenderaan mewah bahkan rumah besar bagi mengaburi mata pelabur. Malah jangan terkejut jika anda mendengar golongan diraja dan berpangkat datuk juga merupakan antara dalang bagi skim cepat kaya ini.


Golongan ini akan mula mencari pelabur untuk melabur dalam suatu subjek pelaburan mereka yang dipercayai boleh mengembalikan keuntungan dalam masa yang cepat dan tinggi. Subjek pelaburan tersebut biasanya adalah sesuatu yang mahal dan berharga dalam pasaran seperti emas, lebuhraya dan tanah. Para pelabur akan disilaukan dengan kejayaan para penipu skim dengan menunjukkan kenderaan yang dipakai, rumah dimiliki serta gelaran yang diperolehi.

Skim Cepat Kaya : Jangan Terpedaya

Pada awal tempoh pelaburan, kebiasaannya pelabur yang terpedaya akan melabur sedikit wang untuk melihat hasil pulangan dan sekiranya mendapat keuntungan tinggi, mereka akan mula menggandakan wang pelaburan. Itulah sebabnya mengapa golongan penipu skim cepat kaya akan memberi keuntungan tinggi kepada pelabur pada awal skim diperkenalkan.


Apabila nama skim telah dikenali dan pelabur mendapat keuntungan seperti dijanjikan, maka proses merekrut agen pula dilakukan bertujuan untuk menggandakan jumlah pelabur. Agen yang dipilih pula adalah di kalangan pelabur yang tidak tahu mereka bakal ditipu tidak lama lagi.


Menjadikan diri sendiri sebagai testimoni dan telah menerima banyak keuntungan, saudara mara dan sahabat handai akan mula tertarik untuk turut sama melabur. Bagi pelabur lama pula, wang keuntungan yang diperolehi sebelum ini tidak dikeluarkan, dibiar terus dalam skim pelaburan demi untuk melipat gandakan lagi keuntungan supaya semakin bertambah banyak.


Nah, di sinilah para penipu skim cepat kaya akan mula menggelapkan wang yang telah diserahkan kepada mereka. Apa lagi yang ditunggu? Wang pelabur awal telah dipegang oleh mereka dan wang pelabur baru turut diterima, jadi mereka akan mula menghilangkan diri dan lesap. Maka para pelabur hanya berputih mata.

Kesan Penipuan Skim Cepat Kaya


Apa yang lagi menyedihkan adalah agen yang mengutip wang akan dipersalahkan. Sudahlah wang sendiri hilang, terpaksa pula membayar wang pelabur yang telah dikutip untuk diserahkan kepada si penipu skim cepat kaya. Paling teruk, suami isteri boleh jadi bercerai berai dan hilang kewarasan diri akibat menanggung tekanan wang dilarikan.


Pernah juga saya mendengar cerita, pistol dihalakan oleh si pelabur ke kepala agen kerana menuntut balik wang yang hilang. Selain membuat laporan polis, tiada apa lagi yang boleh dilakukan selain berdoa agar suatu hari nanti wang yang hilang akan dikembalikan. Tapi akan kembali kah wang tersebut? Wallahualam..


Jadi, apa kata anda? Jangan terpedaya dengan skim cepat kaya..

Saturday, 29 June 2019


Semakin meningkat usia, semakin banyak saya berfikir tentang simpanan dan pelaburan. Kalau dulu, duit banyak dihabiskan begitu sahaja tanpa diurus dengan baik, kini saya lebih memikirkan tentang soal simpanan untuk masa depan anak-anak. Jadi persoalan tentang "labur duit di mana dan nak simpan atau labur?" sering bermain di minda dewasa ini. Bagaimana cara beranakkan duit paling mudah?


Apa perbezaan simpan dan labur?


Sudah tentu simpanan adalah dengan cara menyimpan sendiri duit atau menyimpan duit sedia ada ke dalam sesuatu institusi perbankan dan pada setiap penghujung tahun, kita akan memperoleh dividen berdasarkan kepada jumlah simpanan. Manakala bagi pelaburan pula, ia merupakan suatu proses pembiakan duit dengan cara menyimpan duit pada sesuatu institusi kewangan serta memperoleh keuntungan dalam bentuk dividen. Selain itu, melabur pada barang fizikal seperti emas dan tanah juga mampu menjana lebih banyak keuntungan dan dikira sebagai salah satu bentuk pelaburan.



Tidak faham? Antara contoh bagi situasi pertama iaitu simpanan, masukkan duit ke bank XYZ selama setahun. Pada akhir tahun, nilai dividen akan diumumkan bergantung kepada situasi pasaran semasa dan jumlah simpanan. Bagi situasi kedua pula iaitu pelaburan, terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk melabur duit. Antaranya dengan cara melabur dalam ASB atau membeli saham. Simpanan emas juga termasuk dalam salah satu daripada proses melabur. Keuntungan pelabur akan dinilai dalam bentuk dividen bergantung kepada keuntungan syarikat.


Sudah tentu terdapat kebaikan dan keburukan bagi setiap situasi. Menyimpan duit di bank biasanya akan menghasilkan nilai dividen yang lebih rendah daripada  jumlah dividen hasil daripada pelaburan. Namun, tiada komitmen bulanan yang diperlukan jika membuat simpanan di bank. Berbeza dengan pelaburan, meskipun jumlah dividen lebih tinggi namun pelabur juga perlu berhadapan dengan risiko kerugian serta memerlukan komitmen pelaburan duit setiap bulan. Walaubagaimanapun pada akhir tahun, dividen yang diperoleh tentulah lebih banyak dan masyuk..


Jadi, apa yang terbaik? Lihat kemampuan dan gaya hidup. Jika tidak mampu menyimpan secara konsisten walaupun mempunyai duit yang berlebihan, paksa diri untuk membuat pelaburan kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Melabur memerlukan komitmen dan wang yang dilaburkan tidak mudah diguna dan dikeluarkan melainkan jika terpaksa. Paksa diri untuk melabur demi kepentingan anda di masa tua dan pada waktu kecemasan.


Jadi anda sudah tahu hendak simpan duit di mana? Ingin simpan atau labur?