Skip to main content

Simpan atau Labur?


Semakin meningkat usia, semakin banyak saya berfikir tentang simpanan dan pelaburan. Kalau dulu, duit banyak dihabiskan begitu sahaja tanpa diurus dengan baik, kini saya lebih memikirkan tentang soal simpanan untuk masa depan anak-anak. Jadi persoalan tentang "labur duit di mana dan nak simpan atau labur?" sering bermain di minda dewasa ini. Bagaimana cara beranakkan duit paling mudah?


Apa perbezaan simpan dan labur?


Sudah tentu simpanan adalah dengan cara menyimpan sendiri duit atau menyimpan duit sedia ada ke dalam sesuatu institusi perbankan dan pada setiap penghujung tahun, kita akan memperoleh faedah berdasarkan kepada jumlah simpanan. Manakala bagi pelaburan pula, ia merupakan suatu proses pembiakan duit dengan cara menyimpan duit pada sesuatu institusi kewangan serta memperoleh keuntungan dalam bentuk faedah. Selain itu, melabur pada barang fizikal seperti emas dan tanah juga mampu menjana lebih banyak keuntungan dan dikira sebagai salah satu bentuk pelaburan.



Tidak faham? Antara contoh bagi situasi pertama iaitu simpanan, masukkan duit ke bank XYZ selama setahun. Pada akhir tahun, nilai faedah akan diumumkan bergantung kepada situasi pasaran semasa dan jumlah simpanan. Bagi situasi kedua pula iaitu pelaburan, terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk melabur duit. Antaranya dengan cara melabur dalam ASB atau membeli saham. Simpanan emas juga termasuk dalam salah satu daripada proses melabur. Keuntungan pelabur akan dinilai dalam bentuk dividen bergantung kepada keuntungan syarikat.


Sudah tentu terdapat kebaikan dan keburukan bagi setiap situasi. Menyimpan duit di bank biasanya akan menghasilkan nilai faedah yang lebih rendah daripada  jumlah dividen hasil daripada pelaburan. Namun, tiada komitmen bulanan yang diperlukan jika membuat simpanan di bank. Berbeza dengan pelaburan, meskipun jumlah dividen lebih tinggi namun pelabur juga perlu berhadapan dengan risiko kerugian serta memerlukan komitmen pelaburan duit setiap bulan. Walaubagaimanapun pada akhir tahun, dividen yang diperoleh tentulah lebih banyak dan masyuk..


Jadi, apa yang terbaik? Lihat kemampuan dan gaya hidup. Jika tidak mampu menyimpan secara konsisten walaupun mempunyai duit yang berlebihan, paksa diri untuk membuat pelaburan kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Melabur memerlukan komitmen dan wang yang dilaburkan tidak mudah diguna dan dikeluarkan melainkan jika terpaksa. Paksa diri untuk melabur demi kepentingan anda di masa tua dan pada waktu kecemasan.


Jadi anda sudah tahu hendak simpan duit di mana? Ingin simpan atau labur?

Comments

Popular posts from this blog

CUTE Exam : Macammana Nak Lulus

Bermula dengan niat untuk melabur, saya terfikir mengapa tidak saya mendaftar juga sebagai agen? Paling kurang saya akan dapat ilmu sambil melabur, dan jika ada rezeki mungkin boleh dapat komisen juga. Mengapa tidak kan? Saya juga telah lama tidak mengasah skil menjual, sekali sekala rindu juga rasanya ingin berjumpa orang ramai dan bersembang.

Jadi saya mulakan langkah pertama dengan mendapatkan maklumat daripada beberapa orang agency supervisor bagi pelaburan amanah saham atau lebih dikenali sebagai unit trust. Rupa-rupanya untuk menjadi seorang unit trust consultant (UTC), langkah wajib yang perlu dilakukan pertamanya adalah menduduki CUTE exam dan lulus!

Macammana nak Lulus CUTE Exam?
Pada awalnya saya agak risau juga untuk menduduki CUTE exam memandangkan soalan yang diberi adalah langsung tidak berkaitan dengan apa yang pernah saya pelajari di sekolah mahupun universiti dahulu. Sebaik mendapat kertas soalan daripada agency supervisor untuk latih tubi, kepala saya terus berdenyut…

Skim Cepat Kaya : Jangan Terpedaya

Pernah menjadi mangsa penipuan skim cepat kaya, saya belajar daripada kebodohan sendiri. Pengalaman mengajar saya menjadi lebih bijak, namun harga yang perlu dibayar adalah amat tinggi. Oleh sebab itu saya menyeru agar anda tidak mudah percaya dengan penipuan skim cepat kaya, jangan terpedaya.
Apa Itu Skim Cepat Kaya?
Sebelum bercerita panjang, mari kita lihat definisi skim cepat kaya terlebih dahulu. Skim cepat kaya merupakan suatu aktiviti skim pengambilan deposit secara haram tanpa lesen yang sah di bawah akta dan institusi kewangan (ABIK) 1989. Ia merupakan proses yang tidak sah dan boleh di dakwa jika ditangkap oleh pihak berkuasa.

Jika dulu kita dikenalkan dengan nama Luxor, Pok Din Empire, Tok Berlagak, ARBA, Highway Group, Monspace, Pak Man Telo, Swiss Cash dan macam-macam lagi, namun semua itu adalah istilah bagi penipuan skim cepat kaya. Subjek pelaburan mungkin berbeza namun modus operandi tetap sama iaitu untuk menggelapkan wang. 

Jika diteliti secara kasar, keuntungan yan…