Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2019

3 Sebab Kenapa Saya Perlu Melabur

Kenapa saya tiba-tiba terfikir untuk melabur walhalnya duit saya bukan banyak pun dalam akaun bank, ada hati pula untuk membuat pelaburan? Ingat boleh kaya ke dengan melabur? Ha, wajib tau untuk melabur terutama bagi golongan yang belum kaya macam saya ni. Dengan pelaburan barulah kita ada konsistensi nak menyimpan wang. Kalau tak, akhir bulan je baki akaun tinggal RM5, tapi tak tau wang yang lain digunakan ke mana dan buat apa. Rugi kan?


3 Sebab Kenapa Saya Perlu Melabur
1. Menerima Wang Setiap Bulan dalam Jumlah yang Tetap Meskipun saya adalah seorang surirumah sepenuh masa dan tidak bekerja, namun saya masih menerima gaji tetap setiap bulan. Daripada siapa? Tentulah daripada suami dalam bentuk wang nafkah bulanan! Setiap bulan saya hanya menggunakan anggaran 40% daripada wang nafkah dan selebihnya saya simpan di dalam akaun simpanan di bank.


Wang tersebut tidak disentuh dan saya akan gunakannya ketika waktu kecemasan sahaja. Namun jika tidak disentuh dan saya masih mempunyai back up

CUTE Exam : Macammana Nak Lulus

Bermula dengan niat untuk melabur, saya terfikir mengapa tidak saya mendaftar juga sebagai agen? Paling kurang saya akan dapat ilmu sambil melabur, dan jika ada rezeki mungkin boleh dapat komisen juga. Mengapa tidak kan? Saya juga telah lama tidak mengasah skil menjual, sekali sekala rindu juga rasanya ingin berjumpa orang ramai dan bersembang.

Jadi saya mulakan langkah pertama dengan mendapatkan maklumat daripada beberapa orang agency supervisor bagi pelaburan amanah saham atau lebih dikenali sebagai unit trust. Rupa-rupanya untuk menjadi seorang unit trust consultant (UTC), langkah wajib yang perlu dilakukan pertamanya adalah menduduki CUTE exam dan lulus!

Macammana nak Lulus CUTE Exam?
Pada awalnya saya agak risau juga untuk menduduki CUTE exam memandangkan soalan yang diberi adalah langsung tidak berkaitan dengan apa yang pernah saya pelajari di sekolah mahupun universiti dahulu. Sebaik mendapat kertas soalan daripada agency supervisor untuk latih tubi, kepala saya terus berdenyut…