Labur Duit di Mana?

Blog yang membincangkan mengenai tips dan maklumat pengurusan kewangan melibatkan pelaburan dalam unit amanah PMB, insurans serta isu semasa.

Wednesday, 11 September 2019

3 Sebab Kenapa Saya Perlu Melabur


Kenapa saya tiba-tiba terfikir untuk melabur walhalnya duit saya bukan banyak pun dalam akaun bank, ada hati pula untuk membuat pelaburan? Ingat boleh kaya ke dengan melabur? Ha, wajib tau untuk melabur terutama bagi golongan yang belum kaya macam saya ni. Dengan pelaburan barulah kita ada konsistensi nak menyimpan wang. Kalau tak, akhir bulan je baki akaun tinggal RM5, tapi tak tau wang yang lain digunakan ke mana dan buat apa. Rugi kan?


3 Sebab Kenapa Saya Perlu Melabur

3 Sebab Kenapa Saya Perlu Melabur

1. Menerima Wang Setiap Bulan dalam Jumlah yang Tetap

Meskipun saya adalah seorang surirumah sepenuh masa dan tidak bekerja, namun saya masih menerima gaji tetap setiap bulan. Daripada siapa? Tentulah daripada suami dalam bentuk wang nafkah bulanan! Setiap bulan saya hanya menggunakan anggaran 40% daripada wang nafkah dan selebihnya saya simpan di dalam akaun simpanan di bank.


Wang tersebut tidak disentuh dan saya akan gunakannya ketika waktu kecemasan sahaja. Namun jika tidak disentuh dan saya masih mempunyai back up tambahan iaitu barang kemas yang ada untuk saat kecemasan, mengapa tidak saya laburkan sahaja? Paling kurang dividen yang diperolehi adalah lebih tinggi daripada simpanan biasa di bank.


Kadar inflasi juga menyebabkan saya memilih untuk melabur. Cuba bayangkan, jika pada tahun 1999 saya membeli burger pada harga RM1.50 sebiji, adakah masih sama harga sebiji burger pada tahun 2019? Tidak, kini sebiji burger berharga RM3.50! Itulah kesan inflasi dalam kehidupan kita. Peningkatan 150% daripada harga asal dan kita masih rasa wang yang disimpan dalam bank simpanan tidak akan susut nilai. Silap ya..



2. Dividen Simpanan Akaun Biasa di Bank Hanya 0.3% -0.5%

Tahukah awak bahawa dividen tahunan yang diterima oleh penyimpan simpanan akaun biasa di bank hanyalah antara 0.3% hingga 0.5% sahaja? Pada tahun 2018, kadar inflasi negara direkodkan pada 1% menurut Bank Negara Malaysia. Jika diteliti, dividen simpanan tidak sampai 1% dan penyimpan mengalami susut nilai wang antara 0.5% hingga 0.7% disebabkan oleh inflasi. Inilah antara bukti bahawa simpanan biasa di bank mengalami susut nilai.


Apabila saya mendapat tahu tentang susut nilai akibat inflasi dan nilai dividen yang rendah ditawarkan untuk simpanan biasa, hati saya terus meronta-ronta ingin mencari medium simpanan baru yang menawarkan dividen yang lebih tinggi namun selamat kerana saya membuat simpanan secara tetap dan berkala di bank. 


Maksud selamat di sini adalah bukan >> Skim Cepat Kaya yang menawarkan pulangan tidak masuk akal namun scam. Selain itu, saya juga tidak mahu melabur dengan pelaburan yang menawarkan dividen tinggi namun risikonya juga tinggi seperti stock market. Saya bukan seorang yang boleh menerima risiko kerugian besar, boleh sakit jantung nanti. Ada beberapa medium pelaburan yang saya temui dan salah satunya yang menarik minat saya adalah pelaburan unit amanah PMB.



3. Pulangan Pelaburan adalah Lebih Tinggi dan Bersifat Mudah Cair

Pulangan yang ditawarkan dalam pelaburan adalah lebih tinggi berbanding dividen simpanan biasa bergantung kepada jenis dana yang dilaburkan. Apa yang paling menarik perhatian saya adalah pelaburan unit amanah PMB. Pada tahun 2017, 5 daripada 14 dana di bawah pengurusannya mencatatkan prestasi cemerlang dengan pulangan di antara 23% sehingga 33% setahun. Banyak tu 33%!


Selain telah berada dalam pasaran selama 52 tahun, pelaburan di PMB adalah 100% patuh syariah kerana mempunyai penasihat syariahnya sendiri. Jika pelaburan dana lain memerlukan pelanggan membuat pilihan samada ingin membeli dana patuh syariah atau tidak, di PMB tiada masalah itu. Itulah sebabnya kenapa saya memilih untuk melabur bersama PMB!


Sekiranya saya memerlukan wang segera untuk hal kecemasan, saya boleh bergantung harap kepada wang yang dilaburkan dalam unit amanah kerana ia bersifat mudah cair. Mudah cair di sini bermaksud wang boleh diperolehi selewat-lewatnya dua minggu dari tarikh jual. Ini berbeza dengan pelaburan aset serta property kerana mengambil masa lebih lama untuk dicairkan meskipun kebiasaannya dividen yang ditawarkan lebih tinggi.


Jadi awak tentu dah faham kenapa saya perlu melabur kan?

1 comment: